1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Baharui Lesen Memandu

1. Perlukah saya mendaftar untuk memperbaharui Lesen Memandu?
2. Bilakah tarikh pembaharuan berkuat kuasa bila saya memperbaharuinya secara dalam talian?
3. Lesen kenderaan kelas apakah yang anda tawarkan untuk di perbaharui?
4. Ketika ini saya memegang lesen memandu Percubaan. Bolehkah saya perbaharui lesen memandu ini di MyEG?
5. Bolehkah saya memohon untuk lesen memandu Antarabangsa dengan MyEG Services?
6. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan slip pembaharuan?
7. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan slip pembaharuan jika saya memilih khidmat penghantaran?
8. Jika saya klik di “Tidak perlu slip pembaharuan” dalam cara pengambilan, bagaimana pihak lain boleh mengetahui bahawa saya telah memperbaharui lesen?
9. Bagaimana cara untuk saya membuat pembayaran untuk memperbaharui lesen secara dalam talian?
10. Berapa lamakah tempoh masa pembaharuan yang boleh di buat dengan MyEG?
11. Berapa harga yang perlu dibayar untuk memperbaharui lesen memandu?
12. Bagaimana cara untuk saya memperbaharui lesen memandu menggunakan khidmat MyEG?
13. Perlukah saya menghantar gambar untuk pembaharuan secara dalam talian?
14. Saya cuba untuk memperbaharui lesen saya hari ini kerana lesen saya tamat tempoh hari ini, namun saya tidak dapat berbuat demikian. Mengapa?
15. Saya tidak memperbaharui lesen memandu saya selama 4 tahun. Saya bercadang untuk memperbaharuinya di MyEG Services. Bolehkah saya teruskan untuk memperbaharuinya?


1. Perlukah saya mendaftar untuk memperbaharui Lesen Memandu?
Tidak, anda hanya perlu klik pada pautan Baharui Lesen Memandu yang terdapat di www.myeg.com.my


2. Bilakah tarikh pembaharuan berkuat kuasa bila saya memperbaharuinya secara dalam talian?
Pembaharuan lesen anda berkuat kuasa mengikut tarikh luput yang tertera dalam lesen memandu anda sekarang. Anda juga boleh menyemak tarikh tamat tempoh anda melalui pautan yang tertera dengan memasukan no kad pengenalan:

http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=28


3. Lesen kenderaan kelas apakah yang anda tawarkan untuk di perbaharui?
Buat masa sekarang, kelas yang di proses adalah kelas D (untuk kereta) dan kelas B (untuk motosikal). Kami juga menawarkan semua kelas kenderaan untuk diperbaharui dari JPJ.


4. Ketika ini saya memegang lesen memandu Percubaan. Bolehkah saya perbaharui lesen memandu ini di MyEG?
Untuk pemegang Lesen Memandu Percubaan, anda harus merujuk semula kepada pihak JPJ terlebih dahulu. MyEG hanya menyediakan perkhidmatan  pembaharuan lesen memandu (CDL) sahaja.


5. Bolehkah saya memohon untuk lesen memandu Antarabangsa dengan MyEG Services?
Lesen Memandu Antarabangsa hanya boleh di perbaharui di JPJ. Sila pergi ke pejabat JPJ yang berdekatan untuk proses pembaharuan.


6. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan slip pembaharuan?
Di sini ada 3 cara untuk mendapatkan slip pembaharuan lesen:

  1. Penghantaran di rumah anda
  2. Pemungutan di pusat ekhidmat
  3. memuatkan maklumat lesen di dalam MyKAD

7. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan slip pembaharuan jika saya memilih khidmat penghantaran?
Slip pembaharuan akan di hantar ke alamat anda dalam masa 5 hari bekerja


8. Jika saya klik di “Tidak perlu slip pembaharuan” dalam cara pengambilan, bagaimana pihak lain boleh mengetahui bahawa saya telah memperbaharui lesen?
Jika anda memilih untuk tidak mendapatkan slip pembaharuan, anda boleh mengemaskini maklumat lesen anda di dalam MyKAD di mana-mana kaunter JPJ negeri terpilih atau di semua pejabat JPN negeri.

Untuk maklumat lanjut hubungi hotline JPJ di 03-8888 4244 atau hotline JPN di 03-8880 7000.


9. Bagaimana cara untuk saya membuat pembayaran untuk memperbaharui lesen secara dalam talian?
Terdapat 3 cara disediakan untuk membuat pembayaran:

  1. Kad Kredit
  2. FPX (pemotongan terus melalui akaun bank)
  3. Prepaid akaun (untuk Pusat memandu sahaja)

10. Berapa lamakah tempoh masa pembaharuan yang boleh di buat dengan MyEG?
Tempoh maksimum untuk diperbaharui lesen anda ialah 5 tahun.


11. Berapa harga yang perlu dibayar untuk memperbaharui lesen memandu?

Year(s)
RM
1
30.00
2
60.00
3
90.00
4
120.00
5
150.00

Setiap pembaharuan akan di kenakan caj RM2.00 untuk eservices dan caj tambahan akan dikenakan kepada mereka yang memilih untuk khidmat penghantaran.

Bergantung kepada kawasan dimana anda berada, kadar yang ditetapkan adalah seperti di bawah:

Lembah Klang : RM 5.00
Semenanjung Malaysia : RM 6.00
Sabah & Sarawak : RM 10.00


12. Bagaimana cara untuk saya memperbaharui lesen memandu menggunakan khidmat MyEG?

  • Lawati www.myeg.com.my dan klik pada pautan Pembaharuan Lesen Memandu yang terdapat di atas sebelah kanan laman web
  • Isikan semua maklumat yang di perlukan di ruang yang disediakan
  • Pilih cara pengambilan dan cara pembayaran
  • Klik [Hantar]
  • Selepas transaksi anda berjaya, anda akan di berikan resit ekhidmat
  • Sila cetak resit ini sebagai rujukan

13. Perlukah saya menghantar gambar untuk pembaharuan secara dalam talian?
Tidak. Kami tidak memerlukan gambar untuk dilekatkan di slip pembaharuan. Slip yang dikeluarkan ini adalah sama seperti resit yang di keluarkan oleh Pejabat Pos dan JPJ.


14. Saya cuba untuk memperbaharui lesen saya hari ini kerana lesen saya tamat tempoh hari ini, namun saya tidak dapat berbuat demikian. Mengapa?
Kami menasihatkan anda memperbaharuinya sebelum tamat tempoh tetapi BUKAN SEMASA hari tamat tempoh. Ini kerana pihak JPJ mengemaskinikan semua lesen memandu yang telah tamat tempoh setiap hari dan akan menolak semua permohonan baru yang dibuat pada hari tamat tempoh.


15. Saya tidak memperbaharui lesen memandu saya selama 4 tahun. Saya bercadang untuk memperbaharuinya di MyEG Services. Bolehkah saya teruskan untuk memperbaharuinya?
Jika anda tidak memperbaharui lesen memandu anda lebih dari 3 tahun. Anda perlu membuat permohonan semula di JPJ. Sila klik di pautan ini untuk pergi ke erayuan JPJ:

http://portal.jpj.gov.my/erayuan/main/index.php

 

Member Login

Bantuan

Jika terdapat sebarang masalah dengan perkhidmatan kami,

Hubungi: 03-7801 8888
Faks: 03-7801 8889
help e-mail