Bidang Usahaniaga
MyEG Services Berhad dan kumpulan syarikatnya terlibat dengan perniagaan dalam pembangunan dan pelaksanaan kerajaan elektronik (EG). E-Khidmat adalah inisiatif dalam program kerajaan dan khusus pada peningkatan penyampaian dalam operasi dalaman kerajaan dan khidmat penyampaian pada orang awam. Secara keseluruhannya, inisiatif E-Khidmat ini memudahkan orang awam mendapatkan maklumat dan menjalankan urusniaga dengan pelbagai khidmat pembekal dengan lebih mudah dengan masa yang lebih terurus melalui aplikasi Khidmat Elektronik (E-Khidmat).
Kini, pembekal khidmat (service supplier) yang menggunakan perkhidmatan dan penyelesaian Kerajaan Elektronik adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TMB).
Kumpulan perniagaan terbahagi kepada 2 strategi bidang perniagaan:
1. Kerajaan kepada Rakyat ("G2C")
Khidmat G2C merujuk pada perkhidmatan seperti Tempahan Ujian Teori, Pengeluaran dan Pembaharuan Lesen, Pembayaran Bil secara Elektronik (EBPP), khidmat semakan dan bayaran saman serta carian status kebankrapan dan likuidasi (e-Insolvensi) secara atas talian.
Perkhidmatan ini boleh didapati melalui portal dan kiosk yang diletakkan dibeberapa kawasan strategik di seluruh Malaysia untuk memudahkan pengguna melayari internet khususnya E-Khidmat . Portal G2C ini membolehkan pengguna membuat transaksi secara langsung atau ‘real time’ dan membuat capaian pada maklumat dari beberapa penyedia khidmat (services supplier). Ini menjadikan MyEg sebuah pusat sehenti bagi E-Khidmat yang berkaitan dengan kerajaan dimana pengguna mampu untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan dalam satu pakej berguna yang menghubungkan kepada beberapa penyedia perkhidmatan (service supplier) dalam menyalurkan perkhidmatan pada orang ramai.
2. Government/Enterprise Solution ( "GES")
GES merupakan perkhidmatan yang tidak berasaskan internet seperti perkhidmatan perusahaan penyelesaian dan perisian, pembangunan sistem dan penyelenggaraan serta perkhidmatan yang disediakan di pusat E-Khidmat. Peruntukan perkhidmatan di pusat E-Khidmat merangkumi aspek Ujian Teori Memandu di dalam kursus Lesen Memandu, keselamatan imej digital dan pembelian kad ujian untuk menduduki Ujian. Perkhidmatan ini bukan berasaskan internet dan tidak boleh dibuat secara persendirian.
Sasaran perniagaan adalah seperti perkhidmatan untuk sekolah-sekolah memandu, institusi-institusi memandu, syarikat-syarikat insuran, institusi-institusi kewangan, firma-firma guaman, dan sebagainya. Perkhidmatan GES menawarkan rumusan pengaturcaraan yang mudah diuruskan dan diskalakan, di mana ianya merangkumi pembangunan serta pengubahsuaian perisian bagi permohonan pemilikannya.

Rancangan dan Halatuju Masa Hadapan
Syarikat telah menggariskan strategi sasaran untuk 5 tahun kehadapan seperti:
- Melaksanakan Pengeluaran Lesen Percubaan belajar Memandu.
- Melaksanakan aplikasi Pendaftaran Nombor Pendaftaran dan Kenderaan Motor Fasa 1 dan 2.
- Melaksanakan Perkhidmatan Perantaraan E-Insuran Motor.
- Melaksanakan Perkhidmatan /Transaksi Jabatan Pendaftaran Negara Secara Atas talian ( seperti contoh; Aplikasi pembaharuan MyKad, Kemaskini maklumat Lesen Memandu ke dalam MyKad, Kemaskini maklumat IMM kedalam MyKad dan cetakan kandungan cip MyKad.
- Melaksanakan perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan.
- Melaksanakan pemindahan pemilikan kenderaan Motor.
- Meluaskan perkhidmatan GES ke pasaran Asia Tenggara.
Member Login
Bantuan
Jika terdapat sebarang masalah dengan perkhidmatan kami,
Hubungi: 03-7801 8888
Faks: 03-7801 8889 ![]()