SOALAN LAZIM
 
   

1.
Bagaimana hendak membuat permohonan lesen tersebut.
 
Sila klik pautan DAFTAR ONLINE yang terdapat pada bahagian atas laman ini.
 
 
2.
Saya sudah memiliki lesen kelas D tetapi tidak lagi mempunyai sebarang lesen kelas B2 atau B. Adakah saya layak untuk memohon melalui program BL1M ini?
 
Program bantuan ini dibuat bagi membantu Rakyat yg kurang berkemampuan dan pertama kali untuk dapatkan lesen motosikal B2 mereka. Oleh itu, hanya calon yang masih belum mempunyai sebarang jenis lesen memandu sahaja layak memohon.
 
 
3.
Kenapa BL1M hanya terhad kepada belia yg tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu sahaja.?
 
Program ini bertujuan untuk membantu memperoleh lesen motosikal kelas B2 sahaja buat pertama kali dengan Harga yang berpatutan dan lebih rendah dari Harga di pasaran sekarang, kepada golongan yang kurang kemampuan kewangan.
 
 
4.
Adakah saya harus menduduki ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ terlebih dahulu sebelum mendaftar program BL1M?
 
Bagi menyertai program ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan sekiranya anda menepati semua syarat-syarat yang di senaraikan, anda wajib menduduki ujian-ujian yang telah di tetapkan sebelum lulus untuk mendapatkan lesen L.
 
 
5.
Mengikut program ini, sekiranya saya gagal dalam Ujian Motor yang pertama, adakah pembayaran seterusnya ditanggung saya sendiri untuk ujian yang KEDUA dan SETERUSNYA ?
 
Bagi ujian kali kedua dan ketiga Ujian Berkomputer Bahagian 1, tiada bayaran tambahan di kenakan tetapi bagi ujian praktikal, ujian melebihi kali pertama, bayaran akan di kenakan. Sebelum ini bayaran adalah sebanyak RM20, dan pihak BL1M telah mensyaratkan pihak IM mengenakan bayaran RM15 sahaja untuk ujian-ujian ulangan. Kadar harga RM199 hanyalah untuk ujian kali pertama, memandangkan ujian praktikal ulangan memerlukan penggunaan motosikal secara fizikal dengan bahan bakar petroleum dan kad ujian JPJ.
 
 
6.
Saya pernah membuat lesen sebelum ini tetapi tidak dapat menjawab ujian warna. Adakah saya masih layak untuk membuat lesen dengan bantuan Lesen 1 Malaysia ini?
 
Sekiranya anda masih belum mempunyai apa-apa jenis lesen memandu yang sah, anda boleh menyertai program ini. Sekiranya anda gagal ujian warna sebanyak 3 kali, anda akan di benarkan untuk menduduki ujian berkenaan yang di adakan secara lisan di bawah kendalian JPJ
 
 
7.
Saya masih mempunyai saman trafik dan belum lagi bercadang untuk membuat pembayaran. Saya juga belum memiliki lesen yang sah. Adakah saya layak untuk memohon melalui Program BL1M?
 
Selagi saman-saman berkenaan belum di senarai hitamkan sama ada oleh pihak PDRM atau JPJ, dan anda adalah belia yang berumur 17 tahun ke atas pada 1 Jan 2013, Anda adalah layak untuk memohon lesen di bawah program BL1M.
 
 
8.
Bolehkah permohonan Program BL1M ini permudahkan dan dapat diluluskan disebabkan saya sudah lama menaiki kendaraan motor tanpa lesen memandu yg sah?
 
Program ini adalah untuk membantu dari segi kos pengambilan lesen B2. Walau bagaimana pun, bukanlah menjadi hasrat pihak penganjur untuk menyediakan jalan pintas atau 'short cut' kearah mendapatkan lesen berkenaan. Modul Ujian yang di gunakan adalah sama seperti yang telah di tetapkan oleh pihak JPJ.
 
 
9.
Di manakah lokasi berdekatan untuk memohon Bantuan Lesen 1Malaysia ini?
 
Sila lakukan permohonan Program BL1M ini secara online terlebih dahulu dan kami akan emailkan atau sms maklumat lanjut tentang lokasi menduduki ujian dan lain-lain maklumat bersangkutan dalam masa terdekat. Wqlau bagaimana pun, anda di nasihatkan agar selalu melayari laman www.bl1m.my atau www.myeg.com.my untuk menikuti maklumat terkini.
 
 
10.
Adakah Program BL1M ni akan dilancarkan di Sarawak dan Sabah juga?
 
Program ini merangkumi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, program BL1M akan di uruskan oleh Pemuda Parti-Parti komponen di sana dan jika di Sarawak terutamanya oleh Pemuda PBB. Maklumat lanjut akan di paparkan di laman www.bl1m.com dalam masa terdekat. Anda boleh mengikuti perkembangan lanjut di laman berkenaan dan di laman www.myeg.com.my
 
 
11.
Saya telah lengkap mengisi borang permohonan secara online dan telah menghantarnya. Walaubagaimanapun, maklumbalas yan diterima menyatakan "Maklumat Pemohon Telah Wujud". Adakah permohonan saya telah terima?
 
Maklumat ini menandakan permohonan anda telah pun direkodkan. Program ini akan dimulakan sebaik sahaja ianya di lancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum hujung bulan Januari 2013 ini. Oleh itu, anda boleh mencetak semula maklumat yang telah dimasukkan dan menghantar borang permohonan tersebut ke pejabat UMNO berhampiran kawasan anda.
 
 
12.
Adakah jangka masa tertentu sahaja permohonan BL1M ini boleh digunakan?
 
Program ini di tawaran untuk tempoh tertentu sahaja. Pihak BL1M sedang menjalankan proses pendaftaran secara online sekarang. Pendaftaran berserta bayaran akan di mulakan sebaik sahaja YAB Perdana Menteri melancarkan secara rasmi program sebelum hujung bulan Januari 2013. Tempoh penyertaan akan berjalan selama 2 minggu selepas tarikh pelancaran berkenaan. Sila ikuti perkembangan semasa melalui media tempatan, di laman www.bl1m.com atau www.myeg.com.my
 
 
13.
Bolehkah saya meminta pihak MyEG membuat permohonan bagi pihak saya?
 
Semua permohonan secara online untuk menyertai program BL1M, hendaklah di isi sendiri oleh pemohon.
 
 
14.
Bagaimana pula dengan orang yang buta huruf? Adakah sebarang bantuan/alatan yang bersesuai diberikan semasa ujian teori untuk pemohon yang buta huruf.
 
Orang buta huruf masih perlu menduduki ujian berkomputer dan setelah gagal 3 kali maka beliau bolehlah menduduki ujian secara lisan yang di kendalikan oleh JPJ.
 
 
15.
Apakah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan dan semasa pendaftaran BL1M ini?
 
Semasa pendaftaran di lakukan nanti, pemohon wajib membawa bersama MyKad asal dan satu salinan MyKad dan Money Order di atas nama pembayar kepada MY E.G. SERVICES BERHAD sebanyak RM199.00
 
 
16.
Dimanakah boleh saya melakukan pendaftaran dan menyerahkan borang pendaftaran BL1M saya?
 
Sila rujuk kepada senarai lokasi pusat pendaftaran yang di sediakan di dalam laman www.myeg.com.my dengan membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti di senaraikan di dalam perkara 14 di atas.
 
 

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Notis Hakcipta
HAKCIPTA 2013 © BL1M