1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Baharui Auto Insuran dan Cukai Jalan

1. Siapakah MyEG Services Berhad?
2. Bagaimana cara untuk saya memperbaharui insuran dan LKM dengan MyEG?
3. Bagaimanakah anda boleh dapatkan butiran kenderaan & insurans sekiranya maklumat yang saya ada tidak mencukupi?
4. Perlukah saya mencetak Kad Pendaftaran saya?
5. Saya dengar MyEG ada memberi diskaun untuk insurans dan cukai jalan sebanyak 30%?
6. Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?
7. Apakah faedah yang saya perolehi dengan memperbaharui cukai jalan di MyEG?
8. Adakah selamat dengan memperbaharui cukai jalan saya di MyEG?
9. Apakah jenis kenderaan yang boleh diperbaharui cukai jalan secara dalam talian di MyEg Services Berhad?
10. Bagaimana cara saya memastikan transaksi saya berjalan lancar?
11. Apakah jenis dan pilihan pembayaran yang disediakan?
12. Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan jika saya mempunyai saman trafik tertunggak?
13. Bolehkan saya membayar saman trafik saya secara dalam talian?
14. Bagaimana saya akan menerima cukai jalan setelah saya selesai membuat pembayaran?
15. Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan lebih dari 1 dalam satu masa?
16. Dimanakah saya boleh menyemak transaksi pembayaran saya?
17. Apakah bentuk pembayaran di kenakan dengan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian?
18. Apa akan terjadi jika pembayaran saya di tolak?
19. Bolehkan saya mendapat resit sesudah membuat pembayaran?
20. Siapa yang boleh saya hubungi untuk bantuan?
21. Adakah perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa?
22. Kenapa saya boleh mendapat mesej ralat ' Tiada Rekod Insurans yang sah'?
23. Bagaimana cara untuk saya membuat tuntuan bagi kerosakkan?
24. Jika kenderaan saya hilang, adakah saya akan mendapat pembayaran penuh insurans?
25. Adakah anda menawarkan kenderaan gantian semasa kenderaan berada di bengkel?
26. Apakah itu Ekses (Lebihan)?


1. Siapakah MyEG Services Berhad?
MyEG Services Berhad di lantik oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan kerajaan elektronik. Perkhidmatan utama yang disediakan adalah:

  • JPJ- Pembaharuan Lesen Memandu / Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insuran / Saman JPJ / Tukar Hak Milik
  • PDRM - Semakan dan pembayaran saman.
  • Jabatan Insolvensi Malaysia - Semakan Status kebankrapan individu dan pengulungan syarikat.
  • DBKL - Cukai Taksiran / Semakan Kompaun dan pembayaran.
  • JPN - Perkhidmatan Penggantian myKad
  • Tenaga Nasional - Penyemakan dan Pembayaran Bil
  • Telekom Malaysia - Penyemakan dan Pembayaran Bil
  • Jabatan Imigresen Malaysia - Pembaharuan Permit untuk Pekerja Asing - Pembantu Rumah

2. Bagaimana cara untuk saya memperbaharui insuran dan LKM dengan MyEG?
Mudah! Anda cuma perlu menghubungi 03-78018888 dan kami akan membantu anda. Anda hanya perlu memberitahu kami:

  • Nombor Pendaftaran Kenderaan dan No Kad Pengenalan
  • Jenis Kenderaan
  • Kapasiti enjin
  • Tahun dibuat
  • Nilai perlindungan
  • Cermin tingkap (pilihan)

Kami akan menghantar email sebut harga kepada anda dengan jumlah bayaran insuran dan cukai jalan. Jika anda berpuas hati dengan nilai sebut harga tersebut, anda hanya perlu klik untuk membuat bayaran. Setelah urusan berjaya, kami akan membuat penghantaran cukai jalan hari bekerja berikutnya.

Perkhidmatan ini juga terdapat di dalam muka utama laman web MyEG. Buat masa ini perkhidmatan ini tidak memerlukan anda mendaftar atau log masuk ke dalam laman web.


3. Bagaimanakah anda boleh dapatkan butiran kenderaan & insurans sekiranya maklumat yang saya ada tidak mencukupi.
Kami akan mengesahkan semua maklumat yang diberi dengan pihak JPJ. Jika maklumat yang diberikan tidak tepat atau tidak lengkap, kami akan terus menghubungi anda semula untuk melengkapkan proses permohonan.


4. Perlukah saya mencetak Kad Pendaftaran saya?
Dengan MyEG, anda tidak lagi perlu mencetak geran/kad pendaftaran kenderaan anda. Sekiranya perlu (untuk sebarang tuntutan) anda boleh menghubungi kami di talian 03-7801 8888, kami akan membantu anda untuk mendapatkannya untuk dicetak. Walaubagaimanapun, anda boleh terus memperbaharui cukai jalan untuk tahun berikutnya.


5. Saya dengar MyEG ada memberi diskaun untuk insurans dan cukai jalan sebanyak 30%?
MyEG ada menawarkan pakej menarik untuk pembaharuan insurans dan cukai jalan. Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk mendapat kelebihan ini:

  • Diskaun sehingga 30% dari cukai jalan.
  • Kami juga menghantar cukai jalan ke rumah anda secara percuma.

6. Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?
Perkhidmatan ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang memiliki kenderaan Malaysia yang berdaftar dengan pihak JPJ.


7. Apakah faedah yang saya perolehi dengan memperbaharui cukai jalan di MyEG?

  • Sekiranya anda mempunyai capaian internet; anda boleh layari ke laman web MyEG, dan membuat permohonan dengan mudah dan selesa sama ada di rumah atau di pejabat. Perkhidmatan ini juga mudah, ringkas, dapat menjimatkan masa dan kos
  • Selain dan boleh dicapai pada bila-bila masa.dari itu, anda tidak memerlukan kad pendaftaran kereta/geran untuk melengkapkan proses pembaharuan.

8. Adakah selamat dengan memperbaharui cukai jalan saya dalam talian?
Ya, proses ini adalah selamat dan terjamin. Perkhidmatan dalam talian melalui laman web MyEG Services Berhad telah di audit, disahkan dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kerajaan Malaysia. Kerajaan telah memberi mandat kepada MyEG untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan secara dalam talian.


9. Apakah jenis kenderaan yang boleh diperbaharui cukai jalan secara dalam talian di MyEG Services Berhad?
Kami menyediakan perkhidmatan pembaharuan kepada kenderaan PERSENDIRIAN berdaftar berasaskan penggunaan minyak petrol, diesel atau bio-diesel sahaja (Pembaharuan motosikal, kereta hibrid dan NGV belum lagi dilancarkan dalam talian).


10. Bagaimana cara saya memastikan transaksi saya berjalan lancar?
Untuk semua transaksi yang berjaya, pihak kami akan mengeluarkan resit eservices. Jika berlaku sebarang masalah atau kemusykilan, anda boleh menghubungi pegawai kami untuk bantuan di 03-7801 8888


11. Apakah jenis dan pilihan pembayaran yang disediakan?
Buat masa ini, terdapat 2 jenis pembayaran yang disediakan untuk perkhidmatan ini

  • Kad Kredit - Visa atau Mastercard yang di keluarkan oleh Malaysia
  • Perbankan dalam talian - akses terus dari laman web kami kepada bank anda untuk transaksi dalam talian

12. Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan jika saya mempunyai saman trafik tertunggak?
Semasa proses pembaharuan, sistem Jabatan Pengangkutan Jalan akan menyemak semua tunggakan saman dan rekod senarai hitam dari rekod di JPJ dan PDRM. Untuk meneruskan pembaharuan ini, anda di kehendaki untuk menyelesaikan semua kesalahan lalulintas yang di rekodkan.


13. Bolehkan saya membayar saman trafik saya secara dalam talian?
Sekiranya maklumat untuk permohonan anda disekat disebabkan saman tertunggak, anda boleh membuat pembayaran saman melalui laman web kami terlebih dahulu sebelum meneruskan pembaharuan cukai jalan anda.
Jika saman tersebut mempunyai waran tamat tempoh, anda dikehendaki ke kaunter Polis Trafik untuk menyelesaikan saman tersebut. Setelah saman yang tertunggak dijelaskan, anda boleh meneruskan proses pembaharuan tersebut.


14. Bagaimana saya akan menerima cukai jalan setelah saya selesai membuat pembayaran?

  • Kami akan membuat khidmat penghantaran ke rumah anda dengan kadar bayaran penghantaran seperti berikut:

    Lembah Klang : RM6.00 (2 hari bekerja)
    Semenanjung Malaysia : RM8.00 (dalam masa 2-3 hari bekerja)
    Sabah & Sarawak : RM10.00 (dalam masa 5 hari bekerja)
    Penghantaran Ekspress : RM20.00 (dalam masa 6 jam) *tertakhluk pada terma & syarat
     
  • Pengesahan cap ibu jari biometriks akan dilakukan untuk SEMUA PENGHANTARAN oleh Pegawai Logistik MyEG Services untuk mengesah dan merekodkan butiran penerima cukai jalan tersebut.
     
  • Sekiranya MyKAD tersebut didapati rosak atau tidak boleh dibaca, Pegawai Logistik kami akan mengambil gambar MyKAD tersebut untuk memastikan tiada percanggahan tentang siapa yang menerima cukai jalan.

Kami memberi jaminan gambar MyKAD yang diambil tidak akan disalahgunakan selain daripada proses tentusah ini.


15. Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan lebih dari satu permohonan pada satu masa?
Anda boleh memperbaharui lebih dari satu cukai jalan bagi pihak lain dalam satu-satu masa, dengan syarat satu pembaharuan dibuat pada satu-satu masa.


16. Dimanakah saya boleh menyemak transaksi pembayaran saya?
Buat masa ini pembayaran anda di cetak pada resit yang akan dikeluarkan sebaik sahaja pembaharuan LKM berjaya. Anda juga boleh melihat transaksi anda sebelum ini melalui pautan sejarah transaksi di borang halaman Cukai Jalan.


17. Apakah bentuk pembayaran di kenakan dengan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian?
Kadar yang dikenakan merangkumi kadar cukai jalan, yuran perkhidmatan dan yuran penghantaran.


18. Apa akan terjadi jika pembayaran saya di tolak?
Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan pembayaran anda di tolak. Masalah yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

  • Kad Kredit - merujuk kepada status kad kredit anda di mana anda dikehendaki menyemak semula dengan pihak bank tentang masalah yang dihadapi.
  • Gangguan sistem yang terputus-putus - Kadangkala sistem ini mengalami gangguan rangkaian atau seluruh sistem. Jika berlaku, sila lakukan proses pembaharuan semula.

19. Bolehkan saya mendapat resit sesudah membuat pembayaran?
Setiap pembayaran yang berjaya akan disusuli dengan resit e-khidmat. Sila cetak dan simpan resit ini untuk rujukan di masa hadapan.


20. Siapa yang boleh saya hubungi untuk bantuan?
Anda boleh menghubungi talian berikut, Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Khidmat Pelanggan - 03-7801 8888


21. Adakah perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa?
Perkhidmatan ini disediakan 24 jam tiap-tiap hari.


22. Kenapa saya boleh mendapat mesej ralat 'Tiada Rekod Insurans yang sah'?
Lazimnya, kerana tiada perlindungan insurans yang sah pada masa cukai jalan diperbaharui.

Contoh: Tarikh transaksi: 25/08/08    Cukai Jalan Tamat Tempoh : 06-09-2008    Insurans : 07-09-2008 hingga 06-09-2009

Transaksi di atas gagal kerana tiada insurans sah pada masa cukai jalan yang diperbaharui. Anda mungkin membeli kereta dari pemilik terdahulu dan pemilik tersebut telah pun membatalkan insuransnya. Walaupun tempoh cukai jalan belum tamat, kereta tersebut tiada perlindungan insurans.
Penyelasaiannya : Sama ada melakukan perubahan pada tarikh insurans ke tarikh pembaharuan cukai jalan atau batalkan insurans semasa dan perbaharui insurans mengikut tarikh semasa.


23. Bagaimana cara untuk saya membuat tuntuan bagi kerosakkan?

  • Maybank Etiqa - hubungi 1-300-88-1007 untuk bantuan.
  • RHB Insurance Helpline - hubungi 1-300-88-0881 untuk bantuan.
  • MAA Takaful - hubungi 03-7628 3773 untuk bantuan.
  • MAA Takaful Perkhidmatan Menunda
        - Bagi polisi keluaran tahun 2011 : 1-300-88-6222 / 03-9236 2000.
        - Bagi polisi keluaran tahun 2012 : 03-7628 3773 / 03-7841 5660.
  • Kurnia Insurans - hubungi 1800-88-3833 untuk bantuan.
  • Chartis Insurance – call 1 300 883 933 / 03-76283660 – 24 jam setiap hari

24. Jika kenderaan saya hilang, adakah saya akan mendapat pembayaran penuh insurans?
Tuntutan yang di buat adalah berpandukan kepada harga pasaran semasa kenderaan. Oleh itu kami mengesyorkan nilai kereta anda dilindungi mengikut kadar insuran semasa harga pasaran.


25. Adakah anda menawarkan kenderaan gantian semasa kenderaan berada di bengkel?
Tuntutan kerugian diberikan untuk pihak ketiga sahaja, kebanyakan syarikat insurans tidak mengalukan tawaran kenderaan sementara tetapi ia bergantung di atas budi bicara pihak insurans itu sendiri. Sebagai pilihan, pihak insurans selalunya mengantikan tuntutan tersebut dengan wang tunai.
Bagi tuntutan ke atas perlanggaran 2 kenderaan disebabkan kecuaian pengguna kenderaan tersebut, tiada penggantian kenderaan sementara akan diberikan.


26. Apakah itu Ekses (Lebihan)?
Lebihan ialah jumlah perlu dibayar oleh pemilik insuran yang kebiasaannya dikira pada kadar 1% daripada jumlah kenderaan diinsurankan. Contoh jumlah diinsurankan RM50,000. Lebihan ialah RM500. Jika ada tuntutan berjumlah RM10,000; syarikat insurans akan membayar pengguna sebanyak RM9,500 dan pengguna perlu membayar lebihan sebanyak RM500.

 

Member Login

Pintasan

Bantuan

Jika terdapat sebarang masalah dengan perkhidmatan kami,

Hubungi: 03-7801 8888
Faks: 03-7801 8889
help e-mail