1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Baharui Lesen Memandu

1. Bilakah tarikh pembaharuan berkuat kuasa bila saya memperbaharuinya secara dalam talian?
2. Lesen kenderaan kelas apakah yang anda tawarkan untuk di perbaharui?
3. Ketika ini saya memegang lesen memandu Percubaan. Bolehkah saya perbaharui lesen memandu ini di MyEG?
4. Bolehkah saya memohon untuk lesen memandu Antarabangsa dengan MyEG Services?
5. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan slip pembaharuan?
6. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan slip pembaharuan jika saya memilih khidmat penghantaran?
7. Jika saya klik di "Tidak perlu slip pembaharuan" dalam cara pengambilan, bagaimana pihak lain boleh mengetahui bahawa saya telah memperbaharui lesen?
8. Bagaimana cara untuk membuat pembayaran bagi memperbaharui lesen secara dalam talian?
9. Berapa lamakah tempoh masa pembaharuan yang boleh di buat dengan MyEG?
10. Berapa harga yang perlu dibayar untuk memperbaharui lesen memandu?
11. Bagaimana cara untuk saya memperbaharui lesen memandu menggunakan khidmat MyEG?
12. Perlukah saya menghantar gambar untuk pembaharuan secara dalam talian?
13. Saya cuba untuk memperbaharui lesen saya hari ini kerana lesen saya juga telah tamat tempoh hari ini, namun saya tidak dapat berbuat demikian. Mengapa?
14. Saya tidak memperbaharui lesen memandu saya selama 4 tahun. Saya bercadang untuk memperbaharuinya di MyEG Services. Bolehkah saya teruskan untuk memperbaharuinya?
15. Apakah yang di maksudkan dengan penyelarasan tarikh tamat Lesen Memandu Kompeten (CDL) mengikut tarikh lahir?
16. Apakah rasional pelaksanaan inisiatif tarikh tamat lesen CDL mengikut tarikh lahir pemegang lesen?
17. Apakah jenis Lesen Memandu yang terlibat dalam inisiatif ini?
18. Bilakah inisiatif ini mula berkuatkuasa?
19. Siapakah pemegang lesen yang terlibat?
20. Apakah terdapat perubahan struktur atau kadar baru yang dikenakan bagi pelaksanaan inisiatif ini kepada pemegang lesen?
21. Adakah pihak kerajaan memberikan apa-apa insentif bagi pelaksanaan sistem pembaharuan lesen CDL mengikut tarikh lahir?
22. Bagaimanakah cara pengiraan kadar lesen CDL mengikut tarikh lahir berdasarkan insentif diberikan kerajaan?
23. Adakah tempoh tertentu ditetapkan kerajaan kepada pemegang lesen CDL untuk mendapatkan insentif yang diberikan?
24. Jika sekiranya tarikh tamat lesen CDL saya adalah sebulan sebelum tarikh lahir saya, adakah perlu saya menunggu sehingga tiba tarikh lahir saya untuk mohon pembaharuan lesen memandu?
25. Apakah penalti bagi pemegang lesen CDL yang lewat membaharui lesen mereka selepas pelarasan kali pertama tarikh lahir dibuat?
26. Adakah pemegang lesen CDL yang lahir pada 29 februari atau pada tahun lompat juga di selaraskan?


1. Bilakah tarikh pembaharuan berkuat kuasa bila saya memperbaharuinya secara dalam talian?
Pembaharuan lesen anda berkuat kuasa mengikut tarikh luput yang tertera dalam lesen memandu anda sekarang. Anda juga boleh menyemak tarikh tamat tempoh anda melalui pautan yang tertera dengan memasukan no kad pengenalan:

http://www.jpj.gov.my/tarikh-luput-lesen-memandu


2. Lesen kenderaan kelas apakah yang anda tawarkan untuk di perbaharui?
Buat masa sekarang, kelas yang di proses adalah kelas D (untuk kereta) dan kelas B (untuk motosikal). Kami juga menawarkan semua kelas kenderaan untuk diperbaharui yang dibenarkan oleh JPJ.


3. Ketika ini saya memegang lesen memandu Percubaan. Bolehkah saya perbaharui lesen memandu ini di MyEG?
Bagi pemegang Lesen Memandu Percubaan, anda harus merujuk semula kepada pihak JPJ. MyEG hanya menyediakan perkhidmatan pembaharuan lesen memandu (CDL) sahaja.


4. Bolehkah saya memohon untuk lesen memandu Antarabangsa dengan MyEG Services?
Lesen Memandu Antarabangsa hanya boleh di perbaharui di JPJ. Kunjungi pejabat JPJ yang berdekatan untuk proses pembaharuan.


5. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan slip pembaharuan?
Terdapat 3 cara untuk mendapatkan slip pembaharuan lesen:

  1. Penghantaran ke alamat anda
  2. Pemungutan di pusat ekhidmat
  3. Memuatkan maklumat lesen di dalam MyKAD

6. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan slip pembaharuan jika saya memilih khidmat penghantaran?
Slip pembaharuan akan di hantar ke alamat anda dalam masa 5 hari bekerja


7. Jika saya klik di "Tidak perlu slip pembaharuan" dalam cara pengambilan, bagaimana pihak lain boleh mengetahui bahawa saya telah memperbaharui lesen?
Jika anda memilih untuk tidak mendapatkan slip pembaharuan, anda boleh mengemaskini maklumat lesen anda di dalam MyKAD di mana-mana kaunter JPJ negeri terpilih atau di semua pejabat JPN negeri.

Untuk maklumat lanjut hubungi hotline JPJ (1JPJCC) 03-8315 9200 atau hotline JPN 03-8880 7000.


8. Bagaimana cara untuk membuat pembayaran bagi memperbaharui lesen secara dalam talian?
Terdapat 3 cara disediakan untuk membuat pembayaran:

  1. Kad Kredit
  2. FPX (pemotongan terus melalui akaun bank)
  3. Akaun E-Cash(untuk Pusat memandu sahaja)

9. Berapa lamakah tempoh masa pembaharuan yang boleh di buat dengan MyEG?
Tempoh maksimum untuk diperbaharui lesen anda ialah 5 tahun.


10. Berapa harga yang perlu dibayar untuk memperbaharui lesen memandu?

Tahun
RM
1
30.00
2
60.00
3
90.00
4
120.00
5
150.00

Setiap pembaharuan akan di kenakan caj RM2.00 untuk bayaran ePerkhidmatan. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya anda memilih khidmat penghantaran.

Bergantung kepada kawasan, kadar yang ditetapkan adalah seperti di bawah:

  • Lembah Klang : RM 5.00
  • Semenanjung Malaysia : RM 6.00
  • Sabah & Sarawak : RM 10.00

11. Bagaimana cara untuk saya memperbaharui lesen memandu menggunakan khidmat MyEG?

  • Apabila anda telah daftar masuk di www.myeg.com.my, pilih Jabatan Pengangkutan Jalan > Baharui Lesen Memandu
  • Isikan semua maklumat yang di perlukan di ruang yang disediakan
  • Pilih cara pengambilan dan cara pembayaran
  • Klik [Hantar]
  • Selepas transaksi anda berjaya, anda akan di berikan resit ekhidmat
  • Sila cetak resit ini sebagai rujukan

12. Perlukah saya menghantar gambar untuk pembaharuan secara dalam talian?
Tidak. Kami tidak memerlukan gambar untuk dilekatkan di slip pembaharuan. Slip yang dikeluarkan ini adalah sama seperti resit yang di keluarkan oleh Pejabat Pos dan JPJ.


13. Saya cuba untuk memperbaharui lesen saya hari ini kerana lesen saya juga telah tamat tempoh hari ini, namun saya tidak dapat berbuat demikian. Mengapa?
Kami menasihatkan anda memperbaharuinya sebelum tamat tempoh tetapi BUKAN SEMASA hari tamat tempoh. Ini kerana pihak JPJ mengemaskinikan semua lesen memandu yang telah tamat tempoh setiap hari dan akan menolak semua permohonan baru yang dibuat pada hari tamat tempoh.


14. Saya tidak memperbaharui lesen memandu saya selama 4 tahun. Saya bercadang untuk memperbaharuinya di MyEG Services. Bolehkah saya teruskan untuk memperbaharuinya?
Jika anda tidak memperbaharui lesen memandu anda lebih dari 3 tahun. Anda perlu membuat permohonan semula di JPJ. Sila klik di pautan ini untuk pergi ke erayuan JPJ:
http://portal.jpj.gov.my/erayuan/main/index.php


15. Apakah yang di maksudkan dengan penyelarasan tarikh tamat Lesen Memandu Kompeten (CDL) mengikut tarikh lahir?
Ianya bermaksud apabila lesen memandu pemegang lesen tamat tempoh, tarikh tamat kuat kuasa pembaharuan lesen memandu tersebut akan diselaraskan dari tarikh tamat semasa kepada tarikh tamat mengikut tarikh lahir pemegang lesen CDL pada tahun berikutnya.


16. Apakah rasional pelaksanaan inisiatif tarikh tamat lesen CDL mengikut tarikh lahir pemegang lesen?
Rasionalnya inisiatif ini ialah :

  1. Untuk memberi kemudahan kepada pemegang lesen untuk mengingati tarikh membaharui lesen memandu mereka;
  2. Untuk mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk membaharui Lesen Memandu tamat tempoh melebihi 3 tahun; dan
  3. Sebagai alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan yang telah dilaksanakan JPJ.

17. Apakah jenis Lesen Memandu yang terlibat dalam inisiatif ini?
Pelaksanaan inisiatif ini hanya melibatkan lesen memandu CDL sahaja.


18. Bilakah inisiatif ini mula berkuatkuasa?
Inisiatif ini berkuatkuasa pada 20 November 2011.


19. Siapakah pemegang lesen yang terlibat?

  • Pelaksanaan inisiatif ini akan melibatkan semua pemegang lesen CDL (warga Negara dan bukan warga Negara ) termasuklah mereka yang akan menukar lesen PDL ke lesen CDL.
  • Bagi lesen CDL yang masih mempunyai baki tempoh kuatkuasa melebihi 4 tahun, penyelarasan tempoh tamat lesen CDL mengikut tarikh lahir hanya boleh dibuat apabila baki tempoh tamat lesen adalah kurang daripada 4 tahun memandangkan lanjutan tidak boleh melebihi 5 tahun.

20. Apakah terdapat perubahan struktur atau kadar baru yang dikenakan bagi pelaksanaan inisiatif ini kepada pemegang lesen?
Pelaksanaan inisiatif ini tidak melibatkan perubahan kepada struktur bayaran Lesen Memandu CDL sedia ada dan di kekalkan seperti berikut :-

  1. RM20 setahun bagi lesen kelas A, B, dan C
  2. RM30 setahun bagi lesen selain kelas A, B, dan C

21. Adakah pihak kerajaan memberikan apa-apa insentif bagi pelaksanaan sistem pembaharuan lesen CDL mengikut tarikh lahir?

  1. Kerajaan bersetuju untuk:
    1. Memberikan insentif kepada setiap pemegang lesen CDL warga Negara sahaja.
    2. Pelarasan dengan amaun percuma atau rebet 50% kepada pemegang CDL warga Negara Malaysia.
    3. Pelarasan dengan amaun percuma, rebet atau berdasarkan tempoh (bulan) hanya di beri sekali sahaja.
  2. Bagi pemegang lesen CDL bukan warga Negara Malaysia, bayaran yang di kenakan adalah berdasarkan kadar purata mengikut tempoh lesen CDL yang dipohon digenapkan mengikut bulan kelahiran.

22. Bagaimanakah cara pengiraan kadar lesen CDL mengikut tarikh lahir berdasarkan insentif diberikan kerajaan?
Bagi pemegang lesen CDL warga Negara yang tempoh pembaharuannya di antara tamat kuatkuasa lesen hingga tarikh lahir adalah di antara tarikh tamat kuatkuasa lesen hingga tarikh lahir adalah antara 12 hingga 18 bulan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan tersebut sekiranya tempoh tersebut kurang daripada 6 bulan di mana tarikh tempoh kuatkuasa lesen CDL mereka akan diselaraskan secara automatik mengikut tarikh lahir.

Bagi penyelarasan tarikh tamat lesen CDL dengan tarikh lahir yang mana tempohnya melebihi 18 bulan tetapi kurang daripada 24 bulan, bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

  1. RM30 bagi lesen kelas A, B dan C; dan Dimana RM20 adalah kadar sedia ada bagi tempoh 1 tahun dan RM10 adalah bayaran bagi baki tempoh seterusnya yang melebihi 6 bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.
  2. RM45 bagi lesen selain kelas A, B dan C Dimana RM30 adalah kadar sedia ada bagi tempoh 1 tahun dan RM15 adalah bayaran bagi baki tempoh seterusnya yang melebihi 6 bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Ilustrasi kiraan tarikh lahir dan amaun adalah seperti berikut:

Dengan andaian tempoh sah lesen sedia ada ialah 20/02/2011 ~ 19/02/2012.
Jenis lesen/ kelas ialah CDL kelas D.
Tempoh pembaharuan yang di mohon ialah 1 tahun
dan tarikh lahir pemegang lesen ialah 10/10/1980.
Berdasarkan sistem sedia ada, tempoh sah lesen baru yang sepatutnya pada 20/02/2012 ~ 19/02/2013.
Jadi perbezaan tempoh diantara tarikh tamat tempoh lesen baru dengan tarikh lahir seterusnya ialah pada 20/02/2013 ~ 10/10/2013 atau 7 bulan 20 hari.

Dengan pelaksanaan inisiatif ini,
fi yang dikenakan ialah RM30 bagi 1 tahun mulai 20/02/12 sehingga 19/02/13 dan fi RM15 bagi baki tempoh antara 20/02/13 hingga 10/10/13.
Oleh yang demikian, tarikh tamat tempoh baru mengikut tarikh lahir pemegang lesen ialah pada 10/10/2013.


23. Adakah tempoh tertentu ditetapkan kerajaan kepada pemegang lesen CDL untuk mendapatkan insentif yang diberikan?
Kerajaan tidak menetapkan tempoh tertentu untuk mendapatkan insentif ini. setiap kali pemegang lesen CDL sedia ada dan pemegang lesen CDL baru layak menerima sekali (1) sahaja insentif tersebut.


24. Jika sekiranya tarikh tamat lesen CDL saya adalah sebulan sebelum tarikh lahir saya, adakah perlu saya menunggu sehingga tiba tarikh lahir saya untuk mohon pembaharuan lesen memandu?
Seseorang pemegang lesen tidak perlu menunggu sehingga tarikh lahir. Pembaharuan lesen CDL boleh dibuat sebelum atau pada tarikh tamat lesen memandu dan sistem dengan secara automatik akan memberikan tempoh kuatkuasa lesen memandu mengikut tarikh lahir tahun berikutnya.


25. Apakah penalti bagi pemegang lesen CDL yang lewat membaharui lesen mereka selepas pelarasan kali pertama tarikh lahir dibuat?

  • Di bawah sistem baru ini, tarikh tamat tempoh lesen memandu akan sentiasa diselaraskan secara automatik dengan tarikh lahir.
  • Sekiranya pemegang Lesen CDL masih lagi terlupa atau terlewat memperbaharui lesen memandu mereka selepas penyelarasan kali pertama dibuat, syarat bayaran pembaharuan dikenakan akan berdasarkan kadar biasa mengikut jadual pembaharuan (2, 3, 4 dan 5 tahun)
  • Kadar ini dikenakan bagi menyelaraskan semula tempoh pembaharuan tersebut mengikut tarikh lahir dan memastikan tempoh kuatkuasa lesen CDL yang diperbaharui tidak kurang setahun sebagaimana yang ditetapkan dibawah subSeksyen 27 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

26. Adakah pemegang lesen CDL yang lahir pada 29 februari atau pada tahun lompat juga di selaraskan?

  • Bagi pemegang lesen CDL yang tarikh lahirnya ialah pada 29 Februari, tarikh tamat kuatkuasa Lesen CDL mereka ialah pada 28 Februari dan tarikh kuatkuasa baru bagi pembaharuan adalah pada 1 Mac.
  • Sekiranya mereka memilih tidak menggunakan tarikh ini, maka mereka hendaklah memperbaharui Lesen CDL bagi tempoh 4 tahun iaitu berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.
 

Member Login

Pintasan

Bantuan

Jika terdapat sebarang masalah dengan perkhidmatan kami,

Hubungi: 03-7801 8888
Faks: 03-7801 8889
help e-mail