1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

e-Insolvensi


Maklumat Pengenalan

1. Apakah sebenarnya Jabatan Insolvensi Malaysia ?
2. Bagaimanakah MyEG Services membantu MdI ?
3. Adakah keputusan yang diberikan tepat ?
4. Bolehkah saya membuat carian ke atas warga asing tanpa sebarang pasport sebagai pengenalan diri mereka?
5. Bila boleh saya dapatkan keputusan?
6. Dimanakah cawangan MdI yang terdekat?

Cara Penggunaan Carian eInsolvensi MyEG Services

7. Bagaimanakah caranya untuk menggunakan carian eInsolvensi?
8. Apakah yang perlu saya isi?
9. Kenapa bila saya tekan butang "BACK" semua maklumat hilang?
10. Bolehkah saya masukkan beberapa nama dalam satu transaksi pembayaran?

Pembayaran


11. Apakah jenis pembayaran yang disediakan?
12. Saya sudah membuat pembayaran untuk perkhidmatan ini tetapi ada sesuatu yang tidak kena...
13. Bagaimana jika pembayaran transaksi tidak berjaya tetapi kad kredit saya telah ditolak?
14. Bagaimana boleh saya melaporkan sebarang masalah?

Cetakan

15. Saya telah sampai di halaman ringkasan keputusan carian, apa perlu saya lakukan seterusnya?
16. Saya tidak nampak sebarang keputusan carian walaupun saya telah berjaya membuat pembayaran. Apakah yang perlu saya lakukan?

Permasalahan kecil

17. Kenapa hanya halaman kosong yang keluar?
18. Kenapa muatan laman web terlalu perlahan?
19. Kenapa saya dapat pesanan kesilapan "connection is closed by server" semasa transaksi?
20. Kenapa saya dapat mesej halaman tamat tempoh?
21. Bagaimana untuk menyemak sekiranya pembayaran telah ditolak dari akaun prabayar saya?
22. Bagaimana pula untuk menyemak sekiranya pembayaran telah ditolak dari kad kredit saya?


Maklumat Pengenalan

1. Apakah sebenarnya Jabatan Insolvensi Malaysia ?
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) merupakan sebuah badan kerajaan yang bernaung di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri di mana ia menjadi tempat rujukan dalam pentadbiran serta mengendalikan kes-kes muflis dalam Malaysia. Maklumat lanjut boleh dirujuk pada laman web berikut : www.bheuu.gov.my

2. Bagaimanakah MyEG Services membantu MdI ?
MyEG Services menyediakan perkhidmatan untuk menentukan status kebankrapan dan pembayaran dalam talian di mana ia membolehkan pengguna mengesahkan status kebankrapan individu dan status penggulungan syarikat. Keputusan carian boleh diperolehi dengan serta-merta apabila transaksi telah berjaya.

3. Adakah keputusan yang diberikan tepat ?
Keputusan carian kebankrapan dan penggulungan syarikat dikeluarkan secara terus oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia. Keputusan yang dikeluarkan pada laman web MyEG adalah berdasarkan status terkini dari Jabatan Insolvensi Malaysia semasa permohonan dibuat.

4. Bolehkah saya membuat carian ke atas warga asing tanpa sebarang pasport sebagai pengenalan diri mereka?
Tidak boleh, mereka perlu ada pasport sebagai pengenalan diri mereka. Setiap warga asing yang ingin berurusan dengan warga malaysia, mereka wajib memiliki pengenalan antarabangsa.

5. Bila boleh saya dapatkan keputusan?
Salinan asal surat akuan akan dikeluarkan dalam masa 5 hari bekerja. Contoh: Jika carian dibuat pada hari Rabu, surat akuan akan diterima ada pada hari Selasa minggu hadapan (Hari Sabtu dan Ahad dalam masa tersebut adalah hari cuti).

Contoh: Jika carian dibuat pada hari Isnin, surat akuan akan diterima ada pada hari Selasa, 2 minggu hadapan (Hari Sabtu dan Ahad dalam masa tersebut adalah hari cuti).

6. Dimanakah cawangan MdI yang terdekat?
Sila rujuk senarai lokasi cawangan di: www.insolvensi.gov.my


Cara Penggunaan Carian eInsolvensi MyEG Services

7. Bagaimanakah caranya untuk menggunakan carian eInsolvensi?

  • Layari www.myeg.com.my untuk memulakan proses
  • Sila daftarkan diri anda di laman web jika anda pertama kali menggunakannya
  • Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan
  • Dari perkhidmatan yang tertera, sila klik Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Anda telah tiba di muka utama untuk semakan eInsolvensi

8. Apakah yang perlu saya isi?

  • Maklumat Pemohon - Isikan semua maklumat sebagai Pemohon untuk carian insolvensi
  • Borang Carian Individu - Isikan semua maklumat yang berkaitan untuk mengetahui status kebankrapan bagi nama yang dicari. Sila pastikan jika seseorang itu mempunyai IC lama dan IC baru, kedua-dua maklumat tersebut perlu dimasukkan.
  • Borang Carian Syarikat - Sila isikan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat.

9. Kenapa bila saya tekan butang "BACK" semua maklumat hilang?
Anda mungkin tertekan pada butang BACK, FORWARD or REFRESH ketika sedang dalam transaksi. Ikut arahan yang diberikan pada halaman atau buat semula carian.

10. Bolehkah saya masukkan beberapa nama dalam satu transaksi pembayaran?
Anda boleh memasukkan beberapa nama dalam satu transaksi pembayaran. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa had untuk keputusan jumlah carian adalah sebanyak 10 nama sahaja yang boleh diterima dalam satu transaksi pembayaran. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 10 nama, sila ulangi semula proses ini untuk memperolehi status kebankrapan mereka.


Pembayaran

11. Apakah jenis pembayaran yang disediakan?
Pada ketika ini, terdapat 2 jenis pembayaran yang disediakan untuk perkhidmatan ini

  • E-cash (Akaun prabayar MyEG)
  • Kad kredit – Visa dan Mastercard

12. Saya sudah membuat pembayaran untuk perkhidmatan ini tetapi ada sesuatu yang tidak kena...

(bagi  Akaun Prabayar)
Apakah yang perlu saya lakukan apabila duit saya telah ditolak tetapi tidak dapat sebarang keputusan carian?

  • Jika pembayaran anda gagal dan anda tidak pasti sama ada jumlah bayaran telah ditolak dari akaun prepaid anda, JANGAN teruskan serta merta untuk carian yang lain.
  • Anda perlu memeriksa butiran akaun prabayar untuk menyemak lebih lanjut transaksi sebentar tadi untuk memastikan pembayaran telah ditolak.
  • Sila baca bahagian "Bagaimana untuk menyemak sekiranya pembayaran telah ditolak dari akaun prabayar saya?" di penghujung FAQ ini.

Saya masih mempunyai wang dalam akaun saya tetapi tidak boleh melakukan sebarang carian,apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya baki minimum adalah kurang dari RM 10.00, sila tambah nilai pada akaun anda untuk kekal aktif dan untuk melakukan carian yang baru.

(bagi Kad Kredit)
Apakah yang perlu lakukan jika pembayaran saya gagal dalam transaksi?

Ada beberapa kemungkinan sekiranya pembayaran anda gagal. Apa yang seringkali berlaku, masalah mungkin terjadi disebabkan hal-hal berikut:

  1. Kad kredit
    Pembayaran gagal disebabkan status kad kredit yang tidak mengizinkan. Anda perlu rujuk pada pusat kad kredit anda untuk memastikan ianya dapat diterima.
  2. Ralat pada talian sistem yang terputus-putus
    Kadang kala sistem tergendala disebabkan gangguan rangkaian. Jika ini berlaku,sila cuba proses pembaharuan semula.

13. Bagaimana jika pembayaran transaksi tidak berjaya tetapi kad kredit saya telah ditolak?
Sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan MyEG pada waktu pejabat di talian 03-7801 8888 dan sertakan maklumat berikut untuk siasatan selanjutnya:

  • Nama
  • No Telefon.
  • Tarikh/Masa pembayaran
  • Jumlah bayaran yang ditolak
  • Resit pembayaran (jika ada)
  • Penyata Kad Kredit (jika pembayaran melalui kad kredit)

14. Bagaimana boleh saya melaporkan sebarang masalah
Anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan kami dengan mengemailkan kepada help@myeg.com.myAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau berhubung pada waktu pejabat di talian 03-7801 8888


Cetakan

15. Saya telah sampai di halaman ringkasan keputusan carian, apa perlu saya lakukan seterusnya?
Anda perlu mencetak resit transaksi dan semua keputusan carian yang dipaparkan.

Mencetak keputusan carian

  • Kilk butang Resit yang terletak dibahagian bawah kanan halaman ini.
  • Satu tetingkap baru akan muncul bersama dengan ringkasan keputusan carian
  • Tekan Cetak pada halaman ini untuk cetak keputusan carian anda
  • Apabila sudah selesai mencetak, tutup tetingkap tersebut.
  • Anda akan kembali semula ke Halaman Ringkasan Keputusan Carian

Mencetak keputusan carian

  • Tekan pada setiap nama carian yang anda buat
  • Satu tetingkap baru akan muncul bersama butiran carian anda
  • Apabila sudah selesai mencetak, tutup tetingkap tersebut.
  • Anda akan kembali semula ke halaman ringkasan keputusan carian
  • Ulang semula langkah-langkah tersebut sehingga anda selesai mencetak SEMUA nama pada halaman keputusan carian

16. Saya tidak nampak sebarang keputusan carian walaupun saya telah berjaya membuat pembayaran. Apakah yang perlu saya lakukan?

  • Permohonan carian anda mungkin telah masuk ke dalam sistem. Setiap transaksi yang berjaya akan diwakili dengan Nombor Rujukan.
  • Sila baca bahagian " Bagaimana untuk menyemak sekiranya pembayaran telah ditolak dari akaun prabayar saya?"pada penghujung FAQ ini untuk memperolehi nombor rujukan ini
  • Sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan MyEG pada waktu pejabat di talian 03-7801 8888 dan nyatakan Nombor Rujukan tersebut.

Permasalahan kecil

17. Kenapa hanya halaman kosong yang keluar?
Kadang kala sistem tergendala disebabkan gangguan rangkaian. Jika ini berlaku,sila cuba proses pembaharuan semula.

Anda juga boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan MyEG pada waktu pejabat di talian 03-7801 8888 untuk bantuan.

18. Kenapa muatan laman web terlalu perlahan?
Kadang-kala sistem bermasalah disebabkan oleh muatan yang terlalu berat dari internet trafik ke atas rangkaian atau keseluruhan sistem. jika ini berlaku, sila cuba lagi.

PERHATIAN: Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan internet jalurlebar untuk perkhidmatan ini bagi mengelakkan sebarang gangguan internet.

19. Kenapa saya dapat pesanan kesilapan "connection is closed by server" semasa transaksi?

  • MAKLUMAN: Penyelesaian ini boleh digunapakai untuk sebarang masalah yang berkemungkinan yang mana boleh diselesaikan semasa transaksi
  • Kemungkinan masalah dengan pembayaran transaksi (MyEG Server mungkin mengalami kegagalan). Sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan MyEG pada waktu pejabat di talian 03-7801 8888 untuk bantuan.

20. Kenapa saya dapat mesej halaman tamat tempoh?
Anda mungkin tertekan pada butang BACK, FORWARD or REFRESH ketika sedang dalam transaksi atau anda mungkin membiarkan halaman begitu sahaja dalam tempoh yang lama. Ikut arahan yang diberikan pada halaman atau buat semula transaksi.

21. Bagaimana untuk menyemak sekiranya pembayaran telah ditolak dari akaun prabayar saya?

  1. Pergi ke muka hadapan myEG eInsolvensi.
  2. Masukkan nombor akaun prabayar anda di dalam ruangan yang disediakan
  3. Klik pada pautan [View Transaction]
  4. Tetingkap baru akan muncul
  5. Masukan 2 (dua) tarikh dalam ruangan yang disediakan dengan menekan pada ikon kalendar dan pilih tarikh yang berkenaan.
  6. Sekiranya anda ingin melihat semula transaksi yang telah di buat pada sesuatu tarikh, pilih tarikh yang sama dari kedua-dua kalendar.
  7. Klik butang [Submit] untuk meneruskan
  8. Anda akan dapat melihat semua transaksi dalam jangkamasa yang dinyatakan melalui akaun prabayar anda. Contoh seperti berikut:
  9. Anda juga boleh mencetak resit dengan menekan pada Request ID yang berkenaan untuk rekod anda. Baki terkini akaun anda ditunjukkan pada ruangan terkanan sekali pada rekod terakhir transaksi.

22. Bagaimana pula untuk menyemak sekiranya pembayaran telah ditolak dari kad kredit saya?

  1. Dari muka hadapan myEG eInsolvensi. Klik pada pautan [View transaction history for payment via Credit Card]
  2. Tetingkap baru akan muncul
  3. Sebagai langkah keselamatan, sila masukkan kata laluan anda sekali lagi untuk tujuan pengesahan di ruangan yang disediakan.
  4. Masukan 2 (dua) tarikh dalam ruangan yang disediakan dengan menekan pada ikon kalendar dan pilih tarikh yang berkenaan.
  5. Sekiranya anda ingin melihat semula transaksi yang telah di buat pada sesuatu tarikh, pilih tarikh yang sama dari kedua-dua kalendar.
  6. Klik butang [Submit] untuk meneruskan
  7. Anda akan dapat melihat semua transaksi dalam jangkamasa yang dinyatakan melalui rekod transaksi anda. Contoh adalah seperti berikut:
  8. Anda juga boleh mencetak resit dengan menekan pada Request ID yang berkenaan untuk rekod anda. Jumlah bayaran untuk transaksi anda ditunjukkan pada ruangan terkanan sekali pada rekod transaksi.
 

Member Login

Pintasan

Bantuan

Jika terdapat sebarang masalah dengan perkhidmatan kami,

Hubungi: 03-7801 8888
Faks: 03-7801 8889
help e-mail