Saman JPJ

1. Bagaimanakah caranya untuk saya menyemak dan membayar saman JPJ?
2. Adakah saya dikenakan sebarang bayaran untuk membuat semakan saman secara dalam talian?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan No Pengenalan?
4. Sebelum ini semasa saya log masuk, terdapat beberapa saman yang tertera di dalam laman web, tetapi bila saya log masuk hari ini, saman tidak lagi tertera. Saya tidak berpeluang untuk membuat pembayaran. Kenapa saman tersebut dikeluarkan?
5. Bagaimana saya ingin membuat pembayaran secara dalam talian?
6. Dari sumber manakah maklumat saman ini diperolehi?
7. Bolehkah saya membuat semakan saman bagi pihak orang lain?
8. Saya seorang warga asing; Saya mempunyai saman ketika saya berada di Malaysia, bagaimana saya ingin menyemak saman JPJ saya secara dalam talian?
9. Apakah maksud maklumat Kejara?
10. Bagaimanakah sistem mata kejara dikendalikan?


1. Bagaimanakah caranya untuk saya menyemak dan membayar saman JPJ?

  • Layari www.myeg.com.my untuk memulakan proses
  • Daftarkan diri anda di laman web jika anda pertama kali menggunakannya
  • Daftar masuk dengan ID pengguna dan kata laluan anda
  • Klik Jabatan Pengangkutan Jalan > Semak & Bayar Saman JPJ
  • Masukkan butiran yang berkenaan untuk menyemak dan membayar saman secara dalam talian

2. Adakah saya dikenakan sebarang bayaran untuk membuat semakan saman secara dalam talian?
Tidak, anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran jika untuk menyemak saman sahaja.


3. Apakah yang dimaksudkan dengan No Pengenalan?
No Pengenalan merujuk kepada salah satu daripada berikut:

  • Kad Pengenalan (KP) - Jika anda rakyat Malaysia atau penduduk tetap.
  • No Pasport - Jika anda bukan warganegara Malaysia.
  • Nombor Pendaftaran Syarikat - Jika kenderaan didaftarkan dibawah nama Syarikat

4. Sebelum ini semasa saya log masuk, terdapat beberapa saman yang tertera di dalam laman web, tetapi bila saya log masuk hari ini, saman tidak lagi tertera. Saya tidak berpeluang untuk membuat pembayaran. Kenapa saman tersebut dikeluarkan?
Saman dari pihak JPJ hanya akan dipaparkan di laman web kami selama 2 minggu dari tarikh kesalahan di lakukan. Jika saman tidak di bayar dalam masa 2 minggu, pihak JPJ akan mengeluarkan saman dan anda perlu ke kaunter JPJ untuk pembayaran saman.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian hotline JPJ (1JPJCC) di 03-8315 9200.


5. Bagaimana saya ingin membuat pembayaran secara dalam talian?
Anda boleh mengunakan kad kredit atau perbankan dalam talian (pemotongan terus dari akaun bank) untuk transaksi ini.


6. Dari sumber manakah maklumat saman ini diperolehi?
Semua maklumat yang terdapat didalam laman web kami disalurkan terus dari rekod di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia


7. Bolehkah saya membuat semakan saman bagi pihak orang lain?
Ya, anda boleh. Anda hanya memerlukan no kad pengenalan untuk menyemak status saman mereka.


8. Saya seorang warga asing; Saya mempunyai saman ketika saya berada di Malaysia, bagaimana saya ingin menyemak saman JPJ saya secara dalam talian?
Anda boleh menyemak saman anda dengan memasukkan no pasport anda dan pilih 'bukan warganegara Malaysia' di menu 'Kategori'.


9. Apakah maksud maklumat Kejara?
Maklumat Kejara (Kesalahan Jalan Raya) adalah sistem pengumpulan markah yang diperolehi dari kesalahan yang di lakukan di bawah undang-undang (Demerit Point) 1997. Mata kejara diberikan kepada pemandu yang melakukan kesalahan melalui kompaun dari JPJ, PDRM atau Mahkamah Majistret


10. Bagaimanakah sistem mata kejara dikendalikan?
Sistem Kejara bagi orang yang melakukan kesalahan akan direkodkan melalui saman yang berkaitan dengan kesalahan yang di lakukan dan mata demerit akan dikira berpandukan kesalahan yang di lakukan.

Bagi pemilik lesen CDL (lesen memandu kekal) yang digantung, Pesalah tidak dibenarkan memandu atau menggunakan lesen lain termasuk LDL atau mana-mana jenis lesen untuk memandu atau menunggang kenderaan dari semua jenis kenderaan sepanjang tempoh penggantungan.

 

Member Login

Pintasan

Bantuan

Jika terdapat sebarang masalah dengan perkhidmatan kami,

Hubungi: 03-7801 8888
Faks:03-7801 8889
help e-mail