1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Saman PDRM

1. Apakah manfaat yang saya dapat jika saya menyemak saman melalui MyEG Services?
2. Perlukah saya mendaftar sebelum saya membuat pembayaran secara dalam talian?
3. Bagaimana saya ingin membayar saman secara dalam talian?
4. Bilakah rekod saman yang dibayar secara dalam talian akan dikemaskinikan?
5. Adakah saya dikenakan sebarang caj jika menyemak saman secara dalam talian?
6. Dari sumber manakah maklumat saman ini di perolehi?
7. Adakah maklumat yang diperolehi tepat dan terkini?
8. Bagaimana jika saya tidak boleh mencetak resit dari laman web ini?
9. Bolehkah saya membuat semakan saman bagi pihak orang lain?
10. Apakah maksud status saman yang tertera 'Waran Tamat Tempoh'?
11. Bagaimana jika pembayaran online yang di buat tidak berjaya?
12. Bagaimanakah Notifikasi Saman PDRM berfungsi?
13. Bagaimana untuk saya mendaftar untuk khidmat notifikasi saman PDRM?


1. Apakah manfaat yang saya dapat jika saya menyemak saman melalui MyEG Services?
Melalui capaian internet, anda boleh menyemak saman anda pada masa yang sesuai dengan jadual anda sendiri dan tidak mengganggu tugasan anda yang lain. Perkhidmatan ini adalah percuma, menjimatkan masa dan kos, dan dapat di capai bila-bila masa.


2. Perlukah saya mendaftar sebelum saya membuat pembayaran secara dalam talian?
Ya, anda perlu mendaftar dengan laman web ini, sekiranya anda kali pertama menggunakan perkhidmatan ini:

  • Layari www.myeg.com.my ke bahagian Login & Pendaftaran
  • Pilih Pendaftaran Individu jika anda ingin menyemak saman anda atau Pendaftaran Syarikat jika anda mewakili pihak syarikat
  • Isikan butir-butir yang dikehendaki dan klik [Submit]
  • Selepas akaun anda berjaya didaftarkan, anda akan tiba semula ke laman utama
  • Daftar masuk dengan ID pengguna dan kata laluan anda
  • Pilih PDRM Enquiry & Payment
  • Anda telah tiba ke muka utama untuk Semakan PDRM

Anda juga boleh juga mendaftar untuk perkhidmatan Notifikasi saman PDRM yang mana akan memaklumkan kepada anda sekiranya terdapat saman baru di masa akan datang


3. Bagaimana saya ingin membayar saman secara dalam talian?
Anda boleh membayar saman secara dalam talian menggunakan Kad Kredit atau perbankan dalam talian (pemotongan terus melalui akaun bank). Sila pastikan anda memiliki kad kredit yang sah dan perbankan dalam talian akaun yang sah untuk pembayaran. Selepas transaksi anda berjaya, anda akan dipamerkan dengan resit pembayaran.


4. Bilakah rekod saman yang dibayar secara dalam talian akan dikemaskinikan?
Proses mengemaskini akan dibuat dalam masa 48 jam selepas anda membuat pembayaran.


5. Adakah saya dikenakan sebarang caj jika menyemak saman secara dalam talian?
Untuk penyemakan, tiada sebarang caj dikenakan. Walaubagaimanapun, sewaktu pembayaran saman, caj RM2.00 untuk perkhidmatan eservices dikenakan untuk setiap saman yang dibayar.


6. Dari sumber manakah maklumat saman ini di perolehi?
Maklumat saman di laman web kami disalurkan terus dari pengkalan data PDRM yang dikemaskini oleh Polis Diraja Malaysia.


7. Adakah maklumat yang diperolehi tepat dan terkini?
Maklumat yang ada di dalam laman web kami dikemaskini setiap hari oleh PDRM.


8. Bagaimana jika saya tidak boleh mencetak resit dari laman web ini?
Sila email ke help@myeg.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan dalam di 03-7801 8888 di waktu pejabat. Anda boleh emailkan kepada kami No kad pengenalan,nombor Merchant ID dan juga nombor telefon anda untuk kami menyemak status pembayaran dan untuk permohonan resit.


9. Bolehkah saya membuat semakan saman bagi pihak orang lain?
Ya, anda boleh. Anda hanya memerlukan no kad pengenalan yang sah untuk menyemak status saman mereka.


10. Apakah maksud status saman yang tertera 'Waran Tamat Tempoh'?
Jika anda mendapat mesej sedemikian, ia bermaksud saman tersebut tidak boleh dibayar secara dalam talian. Anda dikehendaki membuat pembayaran di kaunter PDRM yang terdekat atau menghubungi 03-2262 6468 untuk maklumat lanjut.


11. Bagaimana jika pembayaran on line yang di buat tidak berjaya?
Anda boleh emailkan ke help@myeg.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan kami   03-7801 8888 di waktu pejabat untuk pengesahan. Sila sertakan nombor kad pengenalan, merchant id dan nombor telefon untuk kami menyemak status pembayaran dan kami akan sertakan resit untuk anda.


12. Bagaimanakah Notifikasi Saman PDRM berfungsi?
Kebiasaannya, anda tidak akan menerima notis saman yang dikeluarkan kurang dari 1 bulan untuk kesalahan dilakukan. Dengan sistem notifikasi ini anda akan mendapat maklumat melalui email sebaik sahaja rekod saman anda dikemaskinikan.


13. Bagaimana untuk saya mendaftar untuk khidmat notifikasi saman PDRM?
Klik pada pautan Peringatan Saman PDRM di bahagian Pintasan paparan web. Isikan butiran peribadi dan juga alamat untuk dihubungi. Setelah pendaftaran berjaya, kami akan memaklumkan maklumat saman ke email anda secara berkala.

 

Member Login

Pintasan

Bantuan

Jika terdapat sebarang masalah dengan perkhidmatan kami,

Hubungi: 03-7801 8888
Faks: 03-7801 8889
help e-mail