1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Sistem Tukar Milik Sementara


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Tukar Milik Sementara?
2. Apakah kelebihan kemudahan ini berbanding dengan cara penukaran hak milik yang ada sekarang?
3. Dimanakah Sistem Tukar Milik Sementara boleh dibuat?
4. Apakah syarat-syarat bagi pemilik kenderaan untuk menggunakan kemudahan STMS ini?
5. Apakah kategori pemilik yang layak menggunakan STMS ini?
6.Berapa lamakah pegangan untuk milikan sementara ini yang diberikan kepada pengedar kereta terpakai?
7.Adakah pemilik kereta perlu pergi ke Puspakom untuk pemeriksaan sebelum membuat Tukar Milik?
8.Apakah yang akan terjadi selepas STMS berjaya dibuat?
9.Berapakah bayaran yang dikenakan kepada pemilik kenderaan untuk proses STMS ini?
10.Apakah dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh pemilik untuk melakukan STMS?

Pengenalan utk UCD

1.Apakah jenis perkhidmatan JPJ yang boleh dilakukan semasa di dalam tempoh STMS?
2.Bolehkah pengedar kereta terpakai menukar milik sementara kepada pengedar lain dalam tempoh milikan sementara?
3.Bagaimanakan pihak pengedar kereta terpakai yang berminat untuk urusan STMS ini mendaftar sebagai ejen yang sah?
4.Bagaimanakah pembayaran dibuat melalui STMS?
5.Berapakah pembayaran yang dikenakan bagi STMS?


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Tukar Milik Sementara? STMS merupakan satu platform dimana pemilik kenderaan boleh membuat pertukaran milik tanpa mengunjungi kaunter JPJ sebaliknya membuat transaksi secara atas talian. Proses ini membolehkan pemilik berdaftar menukar milik kepada Penjual Kereta Terpakai untuk tempoh sementara.


2. Apakah kelebihan kemudahan ini berbanding dengan cara penukaran hak milik yang ada sekarang?
Kemudahan ini bertujuan untuk mengelakan dan melindungi pemilik kenderaan daripada dikenakan tindakan undang-undang berkaitan kesalahan trafik walaupun kenderaan tersebut telahpun dijual kepada pengedar kereta terpakai. Dengan itu semua liabiliti kenderaan tersebut adalah dibawah tanggungjawab pengedar kereta terpakai termasuk kesalahan trafik yang dilakukan dalam tempoh milikan sementara ini.


3. Dimanakah Sistem Tukar Milik Sementara boleh dibuat?
STMS ini hanya boleh dibuat dipremis pengedar kereta terpakai yang berdaftar dengan MyEG Services sahaja.a


4. Apakah syarat-syarat bagi pemilik kenderaan untuk menggunakan kemudahan STMS ini?

  • Kemudahan ini hanya terhad untuk kereta persendirian sahaja
  • Pemilik kenderaan dan kenderaan tidak mempunyai saman dan senarai hitam
  • Pembiayaan bank telah selesai
  • Hadir sendiri ke syarikat pengedar kereta terpakai yang berdaftar dengan MyEG semasa proses STMS dilakukan.

5. Apakah kategori pemilik yang layak menggunakan STMS ini?
Pengguna yang layak adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia/Polis/Tentera
  • Warganegara asing
  • Syarikat (milikan tunggal/perkongsian/sendirian berhad dan syarikat berhad) untuk kegunaan persendirian

6.Berapa lamakah pegangan untuk milikan sementara ini yang diberikan kepada pengedar kereta terpakai?
Tempoh milikan sementara adalah selama 6 bulan. Proses Tukar Milik Automatik bagi milikan kekal pengedar kenderaan terpakai akan berkuatkuasa sekiranya kereta terpakai ini gagal untuk mendapatkan pembeli dalam tempoh milikan sementara yang ditetapkan.


7.Adakah pemilik kereta perlu pergi ke Puspakom untuk pemeriksaan sebelum membuat Tukar Milik?
Pemilik kereta tidak perlu ke Puspakom sebelum membuat tukar milik sementara.


8.Apakah yang akan terjadi selepas STMS berjaya dibuat?

  • Cukai Jalan kenderaan tersebut akan terbatal secara automatik
  • Perlindungan Insurans kenderaan tersebut dibatalkan
  • Pemilik baru kenderaan tersebut ialah pengedar kereta terpakai
  • Pemilik lama boleh memohon untuk pemulangan semula baki cukai jalan dikaunter JPJ
  • Resit transaksi akan dicetak sebagai bukti urusniaga Tukar Milik Sementara dan ceraian resit akan diberi kepada pemilik lama sebagai rujukan.

9.Berapakah bayaran yang dikenakan kepada pemilik kenderaan untuk proses STMS ini?
Tiada bayaran yang dikenakan kepada pemilik kenderaan untuk proses ini.


10.Apakah dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh pemilik untuk melakukan STMS?

Untuk Individu/Polis/Tentera

  • Kad Pengenalan MyKad / MyPolis / MyTentera.
  • Perakuan Pendaftaran Kenderaan (JPJK2)
  • Pengedar kereta terpakai akan membuat pengesahan MyKad/MyPolis/MyTentera dan imbasan cap jari
  • Dokumen sokongan dan cap jari akan disemak oleh pihak syarikat kenderaan terpakai
Warganegara Asing
  • Paspot asal
  • Perakuan Pendaftaran Kenderaan (JPJK2)
  • Membuat imbasan cap jari
  • Paspot akan disemak, diimbas dan dimuatnaik ke dalam sistem
  • Sekiranya didapati No. Pasport adalah berlainan dengan No. Paspot yang dicetak pada JPJK2, pemilik perlu untuk membuat pindaan butir di kaunter JPJ terlebih dahulu
Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian
  • Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2)
  • MyKad asal dan salinan MyKad penjual/wakil.
  • Surat persetujuan penjualan daripada semua ahli rakan kongsi perniagaan.
  • Salinan dokumen pendaftaran perniagaan Milikan tunggal/Perkongsian
  • Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan SSM); atau
  • Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan (Sabah dan Sarawak)
  • Surat kebenaran sebagai wakil syarikat.
Syarikat Sendirian Berhad/Berhad
  • Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2)
  • Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti penjual/wakil
  • Salinan Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) atau Borang 13 (Sijil Tukar).
  • Salinan Minit Mesyuarat atau Resolusi Ahli Lembaga Pengarah untuk menjual kenderaan berkenaan
  • Surat persetujuan penjualan daripada semua ahli Ahli Lembaga Pengarah
  • Surat kebenaran memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik bagi urusan STMS bagi mana-mana kenderaan


Pengenalan utk UCD

1.Apakah jenis perkhidmatan JPJ yang boleh dilakukan semasa di dalam tempoh STMS?
Tiada sebarang transaksi perkhidmatan JPJ boleh dilakukan dalam tempoh STMS.


2.Bolehkah pengedar kereta terpakai menukar milik sementara kepada pengedar lain dalam tempoh milikan sementara?
Pengedar boleh membuat penukaran milik kepada pengedar lain semasa dalam tempoh milikan sementara tetapi masih lagi tertakluk kepada jangkamasa 6 bulan yang dikuatkuasakan kepada pengedar pertama.


3.Bagaimanakan pihak pengedar kereta terpakai yang berminat untuk urusan STMS ini mendaftar sebagai ejen yang sah?
Sila hubungi pihak MyEG di talian 03-7801 8888 atau email help@myeg.com.my untuk maklumat lanjut.


4.Bagaimanakah pembayaran dibuat melalui STMS?
Proses pembayaran adalah melalui akaun prabayar yang disediakan oleh pihak MyEG Services


5.Berapakah pembayaran yang dikenakan bagi STMS?
Jumlah bayaran yang dikenakan adalah RM12.75 bagi setiap transaksi yang berjaya.

 

Member Login

Pintasan

Bantuan

Jika terdapat sebarang masalah dengan perkhidmatan kami,

Hubungi: 03-7801 8888
Faks:03-7801 8889
help e-mail