1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Sistem Tukar Milik Sukarela

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Tukar Milik Sukarela (STMSR)?
2. Apakah kelebihan kemudahan STMSR ini berbanding dengan cara penukaran hak milik yang ada sekarang?
3. Dimanakah Sistem Tukar Milik Sukarela boleh dibuat?
4. Apakah syarat-syarat bagi pemilik kenderaan untuk menggunakan kemudahan STMSR ini?
5.Adakah terdapat mana-mana pegawai yang terlibat semasa transaksi dilakukan?
6.Apakah kategori Penjual/Pembeli yang layak menggunakan STMSR ini?
7.Apakah kategori kenderaan yang boleh menggunakan STMSR?
8.Bagaimana jika terlupa jawapan bagi Soalan Keselamatan MySIKAP?
9.Adakah pemilik kereta perlu pergi ke Puspakom untuk pemeriksaan sebelum membuat Tukar Milik?
10.Adakah Penjual & Pembeli perlu ada bersama semasa membuat transaksi tukar milik sukarela ini?
11.Adakah pemindahan pemilikan dari bank kepada pemilik selepas perjanjian sewa beli diselesaikan (pembiayaan selesai) dianggap sebagai Pertukaran Milik Kenderaan?
12.Bagaimana tentang pertukaran milikan kenderaan persendirian milikan syarikat?
13.Pemilik kenderaan asal telah meninggal dunia. Bagaimana saya hendak membuat tukar milik kepada nama saya?
14.Jika penjual telah melengkapkan transaksi (bahagian penjual) tetapi transaksi tidak dapat diteruskan oleh pembeli dalam tempoh 7 hari kerana pembeli tersebut telah meninggal dunia, adakah proses tukar milik berjaya?
15.Bagaimana pula status sekiranya penjual berjaya mengemaskinikan maklumat tukar milik, tetapi beliau meninggal dunia sebelum transaksi tukar milik diteruskan oleh pembeli?
16.Adakah tukar milik boleh dilakukan jika saya masih membayar ansuran bulanan bagi pinjaman bank?
17.Bagaimana proses tukar milik ini akan dilakukan jika Penjual dan Pembeli berada berasingan?
18.Apakah yang akan berlaku sekiranya Pembeli tidak meneruskan transaksi setelah menerima notis/email tersebut?
19.Siapakah yang akan membuat pembayaran?
20.Berapakah bayaran yang dikenakan kepada pemilik kenderaan untuk proses STMSR ini?
21.Bagaimanakah pembayaran dibuat melalui STMSR?
22.Apakah yang akan terjadi selepas STMSR berjaya dibuat?
23.Apakah tindakan pembeli sebaik sahaja STSMR berjaya dilakukan?
24.Bagaimana ingin mengetahui status transaksi sama ada berjaya atau tidak?
25.Bagaimana caranya untuk membuat permohonan pembayaran semula cukai jalan?
26.Bagaimana untuk mendapatkan geran kenderaan tersebut dengan nama baru pemilik?


1.Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Tukar Milik Sukarela (STMSR)?
STMSR merupakan satu platform dimana pemilik kenderaan boleh membuat pertukaran milik tanpa mengunjungi kaunter JPJ sebaliknya membuat transaksi secara atas talian. Proses ini membolehkan pemilik berdaftar menukar milik kepada pembeli (pemilik baru) melalui transaksi secara atas talian dengan mewajibkan penggunaan 1MID oleh penjual dan juga pembeli.


2.Apakah kelebihan kemudahan STMSR ini berbanding dengan cara penukaran hak milik yang ada sekarang?
Kemudahan ini bertujuan untuk memberikan pilihan kepada pemilik kenderaan yang berhasrat untuk membuat pertukaran milikan kenderaannya sama ada untuk mengunjungi kaunter atau pun secara atas talian. Dengan ini, pemilik kenderaan tidak perlu untuk mengunjungi kaunter JPJ sebaliknya dapat membuat transaksi tukar milik di rumah atau dimana-mana mengikut keselesaan pemilik.


3.Dimanakah Sistem Tukar Milik Sukarela boleh dibuat?
Memandangkan sistem ini adalah secara atas talian, pengguna boleh membuat transaksi tukar milik sukarela di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu selagi pengguna mempunyai sambungan internet dan juga telah mendaftar sebagai pengguna 1MID.


4.Apakah syarat-syarat bagi pemilik kenderaan untuk menggunakan kemudahan STMSR ini?

  • Penjual dan pembeli perlu mendaftar 1MID dan mendaftar MySIKAP (JPJ)
  • Buat masa ini, kemudahan ini hanya terhad untuk kereta persendirian milikan individu sahaja
  • Pemilik kenderaan dan kenderaan tidak mempunyai saman dan senarai hitam
  • Pembiayaan bank telah selesai
  • Rekod Puspakom telah dikemaskini


5.Adakah terdapat mana-mana pegawai yang terlibat semasa transaksi dilakukan?
Transaksi boleh dilakukan sendiri oleh Penjual/Pembeli. Walaubagaimanapun, jika Pembeli ingin untuk mengemaskini Kad Perakuan Pendaftaran, pegawai kami boleh membantu untuk membuat cetakan kemaskini di kaunter JPJ.


6.Apakah kategori Penjual/Pembeli yang layak menggunakan STMSR ini?
Pengguna yang layak pada masa ini hanyalah warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad / MyPolis / MyTentera sahaja.


7.Apakah kategori kenderaan yang boleh menggunakan STMSR?
Kenderaan yang dibenarkan untuk menggunakan proses STMSR ialah dari jenis Motokar Persendirian Milikan Individu sahaja.
** Sila rujuk Kad Pendaftaran kenderaan anda, dibahagian “Jenis Badan” sebagai panduan.


8.Bagaimana jika terlupa jawapan bagi Soalan Keselamatan MySIKAP?
STMSR tidak dapat dibuat secara dalam talian dan perlu dirujuk di cawangan JPJ


9.Adakah pemilik kereta perlu pergi ke Puspakom untuk pemeriksaan sebelum membuat Tukar Milik?
Pemilik kenderaan (Penjual) perlu menjalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom terlebih dahulu sebelum membuat tukar milik sukarela.


10.Adakah Penjual & Pembeli perlu ada bersama semasa membuat transaksi tukar milik sukarela ini?
Penjual dan pembeli tidak perlu untuk berada bersama semasa membuat transaksi tukar milik ini. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada pengguna sama ada ingin membuat transaksi secara berasingan ataupun bersama.


11.Adakah pemindahan pemilikan dari bank kepada pemilik selepas perjanjian sewa beli diselesaikan (pembiayaan selesai) dianggap sebagai Pertukaran Milik Kenderaan?
Tidak, terma pertukaran milikan ini merujuk kepada situasi apabila anda mahu menjual kenderaan tersebut setelah anda menemui pembeli baru dan juga rekod pemilik baru telah direkodkan di sistem JPJ.


12.Bagaimana tentang pertukaran milikan kenderaan persendirian milikan syarikat?
Terdapat 2 peringkat STMSR. Pada masa ini, pertukaran milikan dibenarkan untuk pertukaran milikan dari individu kepada individu sahaja. Pertukaran milikan kenderaan milikan syarikat akan dilancarkan tidak lama lagi.


13.Pemilik kenderaan asal telah meninggal dunia. Bagaimana saya hendak membuat tukar milik kepada nama saya?
Aplikasi ini tidak boleh dijalankan secara online kerana sistem ini memerlukan verifikasi MyKad & cap jari pemilik asal dan perlu dirujuk di cawangan JPJ yang terdekat Pertukaran milikan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Milik Sukarela dan memerlukan semakan dokumen sampingan oleh JPJ.


14.Jika penjual telah melengkapkan transaksi (bahagian penjual) tetapi transaksi tidak dapat diteruskan oleh pembeli dalam tempoh 7 hari kerana pembeli tersebut telah meninggal dunia, adakah proses tukar milik berjaya?
Transaksi yang tidak diteruskan dan dilengkapkan oleh pembeli dalam masa 7 hari adalah tidak berjaya. Walaubagaimanapun, penjual terpaksa menunggu selepas tempoh 7 hari untuk membuat transaksi STMSR kepada pembeli yang baru selepas rekod transaksi pembeli lama telah terbatal.


15.Bagaimana pula status sekiranya penjual berjaya mengemaskinikan maklumat tukar milik, tetapi beliau meninggal dunia sebelum transaksi tukar milik diteruskan oleh pembeli?
Transaksi tersebut telah pun berjaya dikemaskinikan direkod JPJ (Bahagian Penjual) dan pembeli perlu melengkapkan transaksi tersebut dalam masa 7 hari dari tarikh penjual membuat kemaskini maklumatnya.


16.Adakah tukar milik boleh dilakukan jika saya masih membayar ansuran bulanan bagi pinjaman bank?
Tukar milik hanya terpakai apabila Penjual telah menyelesaikan perjanjian sewa beli mereka dengan bank.


17.Bagaimana proses tukar milik ini akan dilakukan jika Penjual dan Pembeli berada berasingan?
Proses tukar milik ini akan dimulakan oleh Penjual terlebih dahulu. Penjual perlu memasukkan butir-butir kenderaan iaitu

  • No. Pendaftaran Kenderaan
  • No. Casis
  • No. Enjin
Seterusnya, Penjual juga perlu melengkapkan keterangan Pembeli dengan hanya memasukkan No. KPT pembeli dan No. Telefon pembeli. Maklumat pembeli yang lain akan dirungkaikan secara automatik melalui sistem 1MID.
Setelah semuanya selesai, satu notis/email akan dihantar kepada Pembeli supaya meneruskan transaksi tukar milik ini.
**Jika Penjual & Pembeli belum lagi mendaftar sebagai pengguna 1MID, transaksi tukar milik ini tidak akan dapat di buat. Mohon untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu.


18.Apakah yang akan berlaku sekiranya Pembeli tidak meneruskan transaksi setelah menerima notis/email tersebut?
Permohonan akan terbatal secara automatik jika tiada sebarang transaksi dari pembeli sehingga tempoh TUJUH (7) hari dari notis/email dihantar.


19.Siapakah yang akan membuat pembayaran?
Apabila Pembeli menerima notis/email untuk meneruskan transaksi, Pembeli akan menyambung transaksi berikut dan sekaligus akan membuat pembayaran.


20.Berapakah bayaran yang dikenakan kepada pemilik kenderaan untuk proses STMSR ini?
Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut;

Tukar Milik Sukarela
RM 100.00
Caj e-perkhidmatan
RM 2.75
JUMLAH
RM 102.75

Walaubagaimanapun, jika pemilik kenderaan telah menyelesaikan pinjaman dengan bank tetapi belum mengemaskini untuk membatalkan milikan bank, caj tambahan akan dikenakan seperti berikut;
Kemaskini e-hak milik
RM 50.00
Caj e-perkhidmatan
RM 2.75
Tukar Milik Sukarela
RM 100.00
Caj e-perkhidmatan
RM 2.75
JUMLAH
RM 155.50


21.Bagaimanakah pembayaran dibuat melalui STMSR?
Kaedah pembayaran adalah melalui;

  • Kredit Kad
  • Perbankan Internet (online banking)


22.Apakah yang akan terjadi selepas STMSR berjaya dibuat?

  • Cukai Jalan kenderaan tersebut akan terbatal secara automatik di rekod JPJ walaupun pelekat cukai jalan tersebut masih lagi menunjukan tarikh tamat tempoh yang belum berakhir.
  • Perlindungan Insurans kenderaan tersebut dibatalkan
  • Nama pemilik asal akan terus ditukar secara sistem kepada nama pemilik baru (Pembeli)
  • Pemilik lama boleh memohon untuk pemulangan semula baki cukai jalan dikaunter JPJ
  • Resit transaksi akan dicetak sebagai bukti urusniaga Tukar Milik Sukarela dan juga sebagai rujukan
  • Notis/email akan dihantar kepada pemilik asal apabila transaksi tukar milik telah berjaya


23.Apakah tindakan pembeli sebaik sahaja STSMR berjaya dilakukan?
Pemilik baru perlu membuat permohonan baharu cukai jalan & insurans kerana rekod lama di JPJ telah pun terbatal.
Kedua-dua pembaharuan ini boleh dibuat di laman web MyEG atau menghubungi kami di talian 03-7801 8888.


24.Bagaimana ingin mengetahui status transaksi sama ada berjaya atau tidak?
Selepas transaksi telah dilengkapkan oleh Pembeli (termasuk pembayaran), resit akan dipaparkan dan boleh dicetak untuk rujukan Pembeli sekaligus menandakan transaksi telah berjaya dikemaskini ke sistem JPJ. Pembeli/Penjual juga boleh membuat semakan status tukar milik dengan menghubungi cawangan JPJ. Nombor telefon setiap cawangan boleh di dapati di bahagian bawah resit tersebut.


25.Bagaimana caranya untuk membuat permohonan pembayaran semula cukai jalan?
Mohon pemilik asal untuk merujuk kepada kaunter JPJ dan dibawa bersama dokumen berikut;
a) Salinan Ic (pemilik asal)
b) Salinan penyata bank/buku bank (pemilik asal)
c) Cukai jalan asal (yang telah terbatal untuk dikembalikan ke JPJ)
**Permohonan pemulangan semula hanya akan dibayar kepada akaun pemilik asal sahaja.


26.Bagaimana untuk mendapatkan geran kenderaan tersebut dengan nama baru pemilik?
Pemilik baru hanyalah perlu mengambil geran tersebut daripada pemilik asal. Cetakan untuk menunjukkan rekod pemilik baru in boleh dibuat di kaunter JPJ yang terdekat secara percuma.


 

Member Login

Pintasan

Bantuan

Jika terdapat sebarang masalah dengan perkhidmatan kami,

Hubungi: 03-7801 8888
Faks: 03-7801 8889
help e-mail